TAK MAU I.S.A,ANAK PAK ISA TAK PA

05 Ogos 2009

Oi , Cukai Jalan Free Untuk Kumpulan Anti ISA [ Budget 2009 ]

Salam

Dari satu sudut tu nampak baguih la jugak, belajaq mendapatkan hak.
Tapi.....

Biaq p la, nak usha tengok nak saman banyak mana ? P mahkamah ka ? Ka, coklat angin saja.

WOTR : Sebagai rakyat marhain, demo tu nak guna jalanraya ja, dah orang tak bagi walaupun bayaq cukai jalan dan berbagai-bagai cukai nak buat lagu mana, hak aku..Oi. Sesekali nak guna la jugak sehari habuan hilang penat.

Ada ka suruh p berhimpun dalam stadium, gheja gila. Lagipon itu bukan istilah 'tunjuk perasaan'. Serupa suruh orang menyanyi dalam bilik ayaq, bukan kes sora tak sedap , nak rakam juai cetak rompak.

31 Julai 2009

Macam dah duduk negara Polis ?

Salam

1 Ogos 2009 , akan dikenang dalam membantah ISA secara besar-besaran.
Demokrasi di Malaysia memaksa polis yang baik perangainya turun dijalanan menjalankan tugasan yang diamanahkan. Tahniah.

Jumpa Disana - Sogo.

Polis Di Britain diawal 70an dan pertengahan 80an telah didesak oleh pelbagai masyarakat disana. Termasuklah, ??? Di Malaysia ???. WOTR kata : - 'good' ?

28 Julai 2009

Adoi....Kesian UMNO tapi bodoh.

Salam



Jiwokelate

Nak manipulasi pon agak-agak, sudahlah kan dah kena sebijik.

Jangan la lepas nie nak buat 'hujah' bodo plak geng pro muqabalah.

Selamat Datang Ke Pakatan Rakyat

Salam

Syabas Dato' SS Subramaniam



PAS ?
Biar lambat asal bergaya... daaa

Chaos ?

Salam

If fucking system already broke down, what needed we do..... ?

Transform ?
Chaos ?







Not beat , change only !

19 Julai 2009

Selamat Datang Ke Pakatan Rakyat

Salam

Tahniah kepada Chua Jui Meng.
Selamat Datang Ke Dunia Politik Baru Pakatan Rakyat.

Walaupun hati WOTR rasa gembira tapi dalam kecewa, kenapa PAS tidak mampu menarik keyakinan dikalangan pemimpin-pemimpin yang mantap menyertainya [ Ahli Kelab Penyokong ] ?

Sentimen Melayu ?
Dakwah ?
Pemikiran ?

Video


Ambik Tanpa Izin Dari GB

Marilah Bantu Membantu Perkara Kebaikan


Salam

RAYUAN SUMBANGAN TABUNG KEBAKARAN SAIF
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah 012 4827563 atau Ust Mohamad Ismail, Setiausaha Lembaga tadbir 019 4227323.
------------------------------------
Pihak sekolah merayu sumbangan SEGERA seperti berikut:
1. Meja dan kerusi murid 65 Unit - 1 Unit RM100.00
2. Whit board - 2 Unit
3. Peralatan pejabatmembeli kelengkapan bilik darjah yang
4. Komputer
5. DLL

DPPNK

15 Julai 2009

Tahniah - Berjaya Mempertahankan Manek Urai.


Salam

RM0.00 : PAS kekal di Manek Urai dan calonnya Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti 64 undi menewaskan calon BN. BN meminta kiraan semula dilakukan - HRKH

14-July-2009
11:44:53pm

Lambat ka lembap ?
Biasanya kalau BN nak kalah lambat saja nak umum keputusan undian, nampak PAS pon macam serupa jugak ka ? Agak saja, noh. Menang. Tahniah.
Bukan apa saja nak 'ushar' akai eaaa.

WOTR
Merakamkan setinggi tahniah kepada PAS kerana berjaya mengekalkan kemenangan di Manek Urai. Syukur kehadrat ALLAH.

Peringatan.
Orang dok tengok, jaga la kelaku sikit.

Selamat Datang Ke Festival Kedah Sejahtera

Salam

Sebagai rakyat marhain negeri Kedah, ingin rasanya mempromosikan Festival Kedah Sejahtera buat seluruh tetamu blog ini.

06 Julai 2009

PAS : Imej Yang Dah Tercalar

Salam

Terkejut jugak berita hari kelmarin sampai ada yang mufaraqah bila terbaca kenyataan ini.

WOTR berharap sahabat ini bersabar & teruslah menjadi ahli PAS & jadilah motivasi bagi diri WOTR yang tidak berparti.

Buat Presiden PAS 'Pusat'
Jangan la dok kata ahli hangpa nie duk baca maklumat yang tak rasmi saja, maklumlah HarakahDaily tu kadang-kadang nampak 'sengai' ja. Siasah pulak kalau MSO jadi Ketua Editor boleh jalan la.
Rakyat marhain mau yang pantas , tapi kalau buat gheja lembap pakai jaga Kelantan saja sudahlah.
Presiden oiii p la turun p siasat apa dah jdi kat PAS Perak nu, betoi ka dak.

Saidina Umaq Test Rakyat Dia Tentang Iman.
Satu hari Saidina Umaq p ke'pusat' ternakan kambing, dia jumpa seorang budak gembala kambing, dia buat-buat tanya nak juai dak kambing tu. Budak gembala kata p la tanya tokey kambing nie. Saidina Umaq menduga lagi budak gembala kambing tersebut , tokey hang bukan nampak. Budak tu kata walaupun tokey aku tak nampak tapi ALLAH nampak. Tudia iman budak gembala kambing.

Saidina Umaq 2/3 malam, masa dia habiskan untuk meronda kawasan diwaktu tersebut.
La ? La ?

Kalau tak mau WOTR kata pelaq anak haram kat hangpa nie, baik hangpa pie settle masalah nie.

02 Julai 2009

Menariknya.........

Salam

Tersentuh hati bila dengar lagu nie ' Give Thanks To ALLAH' , mulanya kawan WOTR kata ini lagu nyanyian 'MJ' tapi bila cari dalam ruangan maya ni ada 2 orang plak iaitu Zain Bhikha tapi tak kisahlah sapa yg nyanyi, yang penting dua-dua ISLAM, menarik lirik dan sebagainya sudahlah. Ada tambahan lagi....

Bingai - Seni Politik Ketua Pemuda PAS ?

Salam

Seronok lihat cara politik Ketua Pemuda PAS , dalam kes 'Wacana Ilmiah'. Sekali lihat agak menarik penggunaan istilah 'Wacana' tetapi bila dilihat pada isi didalamnya secara jelas mengandungi strategi yg telah diceritakan sendiri oleh empunya pencadang wacana tersebut.

Disaat Mursyidul Am mencabar debat keatas Najib atas alasan apa ya ?
1- PRK Manik Urai ?

Moral rakyat Kelantan bangga dgn situasi ini ? P servey daaa

Wacana Ilmiah , bila p belit kot nu, belit kot niie, last sekali kena jugak 'serpihan' dari Ketua Pemuda UMNO.

Ambil 'peluang' saja Ketua Pemuda UMNO ni, Ketua Pemuda PAS ? Bingai ?

Mungkin WOTR 'rasa' kenyataan Ketua Pemuda PAS tersebut bukan dikarang olehnya tetapi sepatutnya disini lebih ceria , tapi...? Hancurrrrnyaa tadak dah sah laaaaaa......

18 Jun 2009

UG - Gerak Saraf UMNO ?

Salam



Jahatnya yaaa siapa tak tau.......

16 Jun 2009

Idea Kabinet "UG" ?

Salam

Biru = Negara Maju ?
Merah = Kerajaan Perpaduan ?

Apa yg anda fahami ?
Bagaimana cara kita melakukan perubahan pemikiran dalam mencapai wawasan yg difikirkan dlm menentukan halatuju ? Nak kasi pening ka mudah ?



Ihsan kwn-kwn.

15 Jun 2009

[ PARLIMEN ] Pada aihhh dia nie sorang.

Salam

Pemimpin yang berjiwa besar.
Tahniah DS Nizar.

No.1


[ Ceh ! Sekali adjust, nampak geng "UG" daaa ]

No.2


No.3

14 Jun 2009

Tolong Bersihkan Namamu Wahai PM & Isteri.

Salam

Malaysia Today - Rosmah Mansor Perempuan Puaka! Part 1
- Rosmah Mansor Perempuan Puaka! Part 2
Kelab Greenboc - Habislah Najib Altantuya Kali Ini

WOTR berharap PM & Isteri membuat laporan Polis dan mengambil tindakan yg sewajarnya berhubung isu ini dan menjawab persoalan yg ditimbulkan bagi membersihkan nama beliau.

Semasa berlangsung Muktamar Kali Ke-55, WOTR ada kat Melaka . Mulanya nak p Muktamar , tepon la 'kawan' lagu mana sana [ Shah Alam ] . Dah habih Muktamar takyah cerita la tapi yg menjadi menariknya p la Zoo Melaka bawak anak-anak. Gue terpandang . Nie
haaa. Cun gak ...baru tengok gambaq ...


Bila tengok real...wuyyyooooo...Fheeeeeewwwwwwiitttt.



Cantiknya ciptaan ALLAH.

Nota :
Lepas nie kalau hilang kuda tu, jgn cari WOTR yer.
WOTR tak mencuri, takut.Gigil Nie.

UG ?

Salam

Pertama sekali hajat dihati nak komen diblog Pak Bakaq a.k.a Penarik Beca tapi kerana sedikit masalah dibatalkan hajat tersebut. Nie punya pasai "Your HTML cannot be accepted: Must be at most 4,096 characters"

Salam

Bagi WOTR,tak bersetuju kalau debat dijalankan secara terbuka, sebabnya ia akan merenggangkan hubungan antara Pakatan [ Istilah Debat lain, Perbincangan lain ] dan BN akan manipulasikan pulak keadaannya selepas itu.

Mengenai panelis WOTR tak setuju dgn bekas mufti perlis dijemput sama.
1-WOTR teringat lagi debat antara beliau dgn astora jabat di Mengkuang beberapa tahun yg lalu. Ingatkan selepas debat tersebut beliau akan bersama PAS ,rupanya lain jadinya .[ Sangka baik ketika tu bila lawan kuncu-kuncu BN eaa kira PAS la ketika tu ]. WOTR dimaklumkan pada ketika itu beliau antara yg rapat/kenal dekat dgn Al-Marhum Presiden PAS ketika itu.[ Tolong pebetoi kalau salah info ]
2-Lagipun beliau tidak mewakili mana-mana parti dlm Pakatan Rakyat.

Siapa yg melantik panelis ini? penganjur ? Untuk apa beliau berada dimajlis tersebut ?

Bagi WOTR idea 'UG' ini separuh masak/tak masak langsung dan akan jadi teloq ayam kemuruk saja. Cakap jadi busuk, kot mana pon busuk . Lebih baik selesaikan masalah keahlian & sebagainya ka seperti yg dibangkit dlm muktamar lagi faedah. Leceh punya cerita pon bleh keluaq kat muktamar.
Kalau masalah 'UG' hanya dia saja tau , tak kemampuih kalau Pakatan Rakyat menang nanti bagi kat dia PM kalu, jaha_ _ m ?. [ Angan-angan ahli ber'jubah'kan ulamak agama,yg wala' tadak khilaf depa saja betoi ]. Silap haribulan lingkup, mata kelip pok kelip pok. Hawwwwwww , ngannga saja PRU 13 nie.
Kalau idea tu kepala dia sorang saja tak ka gila ! Tapi... lebih bukan ? Kroni yg sama kepala macam dia saja ka?
UMNO bila kepala kata, yg bawah hangguk....bunga-bunga jahanam dah menanti masa.
Kalau PAS , Presiden kata nak suruh hangguk.......hangguk ka ?. Aku kata kat title Presiden yg dia pegang, bukan gelaran dia.
Saidina Abu Bakar dulu boh jawatan dia Presiden ka ? Dak kot ? Yang tau Khalifah saja ? Kalau perkataan jawatan disamakan dengan situasi la. Aku nak suruh depa yg bertitle tok guru p tukaq title jadi Nabi, nak jd apa lepas nie tunggu.

Situasi PAS la, Mursyidul Am , depa boh dlm peti sejuk eaaa. Nak jd 2 X 5 dgn UMNO ka ?
Atau pun jd partner team 'Seekers' sebagai tukang halau hantu. Mampuih.

Fasal 7 [ m/s 4 hingga m/s 10 ] dlm perlembagaan PAS , Mursyidul Am ketua lebih dari presiden ?
atau
Fasal 22 [ m/s 29 hingga m/s 41 ], Presiden ada kuasa veto ?


Kabinet : Seise 2009 - 2011 , Adalah Tahun bermulanya ' Kerja-Kerja Bodoh Presiden PAS ' Pengarah asal yg WOTR ciplak ialah Cikgu Nik Abduh. Kalah Pemilihan Ketua Pemuda di Kelantan , menang di Pusat. Peninnnnnnnnnnnnnn.
Orang kalah , bleh p pilih ... Warghhhhhhhhh Warrrrrrrghhhhhh Warrrghhhhhh...Tak bleh nak pikiaq lor.Kempen untuk diri sendiri , pulak tu ?

Presiden , WOTR hormati idea Presiden tapi...
Presiden itu mestilah dikategorikan dlm kumpulan yg berjaya mengumpulkan org-org ISLAM dlm majlis bacaan yassin,doa selamat,tukang halau hantu dan sewaktu dgnnya.
Kumpul org saja, bukan gerakan.

Kalau UMNO nak laksanakan ISLAM keseluruhannya, sapa kata nak bubarkan PAS ini ?
Maknanya disini ISLAM lah paling tinggi, bukanlah perkataan PAS sebagai wadah yg harus dihidupkan & dikembangkan lagi. Biar lah PAS jd kenangan. Tapi UMNO mau ka ?

Khas Untuk Bakal Perwakilan Seisi 2011 - 2013.
-Fikir-fikirlah wahai Perwakilan akan datang lihatlah prestasi/fikrah mereka.
Kalau perlu tukar Presiden yg baru, tukarlah. Lihat pada jawatan Presiden, jgn lihat pada gelaran. Gelaran tidak memberi makna , kalau ISLAM itu lambat memerintah buat apa pada gelaran.
Jangan pilih pemimpin yg keras 'kepala', tak dengaq cakap org bawah. Asyik dia saja betol, lebih kurang makan garam dulu la, cerita dia.
Kalau depa kata makan garam dulu, bayi-bayi yg baru lahir, lepas 2/3 hari meninggal dunia dah dijamin syurga,takdan nak makan garam pon,[ mungkin ada tapi peratusnya ciput ja ] yg makan garam nie kena hisab, tu pon tak tau masuk syurga dulu ka dak ..tapi umat Nabi Muhammad nie untung, kot mana pon, last sekali masuk syurga. Betoi ka dak tak tau ? Takmau p la dok dlm neraka sorang-sorang.
-Fikirlah sama gerakan ISLAM yg telah berjaya, bagaimana kejayaan mereka organasasi,tindakan berkumpulan yg mantap,gerakan,dakwah dan sebagainya.
Psywar yg segar akan memantapkan parti bukannya menimbulkan kegelisahan semua ahli dipelbagai peringkat.

Last sekali :-
"Orang bawah,bukan 'makanan' orang atas".

WOTR : Andaikata kerana idea 'Kerajaan Perpaduan' melambatkan kemenangan ISLAM atau tidak diletakkan dlm kedudukan yg terbaik didalam Pakatan Rakyat[ WOTR terima jika jumlah kerusi di Parlimen tidak mencukupi tapi jgn kurang ],org bukan ISLAM makin menjauhkan diri dari ISLAM dan sokongan pengundi merosot.

Tunggu dan Lihatlah.

Nak PerELok Habaq, Nak Pelingkup Pon Habaq.


Ulasan Dari Mantan Ketua Pemuda PAS kedah, Sdr. Aris Awang.

10 Jun 2009

Kenyataan Sapa Keliru ?

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS
Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Wan Mohd Salleh
Tue | Jun 09, 09 | 4:34:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.

Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.

"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.

"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.

"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.

Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkandalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan. Image

Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.

"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.

"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.

Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.

Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS. - azm _



WOTR - Sapa di belakang tabir idea Unity Gomen ini ?
Bila penjelasan tak mantap bukan sahaja dikalangan ahli porak peranda tapi dikalangan Pakatan Rakyat pon sama.
Kerajaan Perpaduan bukanlah satu strategi yg bijak diketengahkan ketika ini.

Suara Pengarah Pilihanraya mempengaruhi Timbalan PAS ? Hebat ?

Disini ada comunication error , aku harap hang, hang la bagitau, lagu tu cara pakat-pakat ?

09 Jun 2009

Harakah Tulis , Nasa Mau ?

Nasa kesal istilah 'konservatif' yang digunakan media perdana
Intan Abdullah
Sun | Jun 07, 09 | 4:16:03 pm MYT

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak media yang menggunakan istilah ulamak konservatif dan profesional dalam menggambarkan perpecahan di dalam PAS.

"Pesanan saya, kita tidak perlu terikut-ikut dengan budaya dan istilah asing seperti laporan media yang mengulas mengenai pemilihan parti dengan menamakan tertentu kononnya sebagai konservatif ulamak dan golongan profesional," ujarnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam, petang ini.

Tegsnya, jika terdapat golongan seperti yang didakwa itu sudah tentulah kita tidak sampai ke tahap ini dengan kejayaan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat serta mengadakan kerjasama dengan pihak luar yang lain.

"Kita buat keputusan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat adalah suatu ijtihad, kalau kita konservatif, susah kita duduk bersama rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat.

"Kalau kita konservatif, mungkin kita tidak akan sampai ke tahap ini. Maka, istilah itu tidak tepat kerana kita bukan jumud," katanya.

Malah, beliau menegaskan sekali lagi agar pimpinan dan ahli PAS tidak mudah terperangkap dan terpedaya dengan mainan pihak tertentu khususnya media dalam memporak-perandakan kesatuan dalam jamaah.

"Kita jangan mudah terperangkap dengan permainan orang luar memporak- perandakan kita di dalam PAS," katanya lagi.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa PAS juga banyak merangka banyak pertemuan atau 'engagement' dengan pelbagai pihak bagi membantu memperkasakan parti.

"'Engagement' ini tidak akan mengubah sama sekali dasar parti yang meletakkan Islam sebagai teras perjuangan, memandangkan ianya dibuat mengikut keputusan majlis Syura Ulamak, bukan secara individu," ujarnya lagi.

Katanya, sekarang ini PAS telah mempunyai resepi untuk menaikkan imej Islam.

Walaupun begitu katanya, aplikasi sikap keterbukaan yang disebutkan sebelum ini bukanlah bermaksud untuk mengadakan kerjasama dengan Umno sebagai musuh politik PAS.

"Kita tidak akan membuat sebarang kerjaama dengan Umno dan tiada usaha -usaha untuk membawa PAS masuk ke dalam Umno," katanya lagi.

Beliau turut membentangkan beberapa pindaan perlembagaan yang akan dikuatkuasakan selepas berakhirnya muktamar ini._


WOTR.
Nak boikot media lagi ka dalam version baru pulak kot.
'Kera'jaan Perpaduan ?

01 Jun 2009

Tok Guru Mursyidul Am - Bab Erdogan ?

Salam

31 Mei 2009

Jadual Kuliah Agama - Masjid Kg. Baru. Sg. Petani

Salam

Khas untuk muslimin & muslimat khususnya warga Sg. Petani dan kawasan sekitar.

Mai Jangan Tak Mai


26 Mei 2009

Malaysia Kini : Temubual Mohamad ( Mat Sabu )

Salam

24 Mei 2009

Salam - Temubual Tok Guru

Salam







Sumber.

Marilah

17 Mei 2009

NI Cerita Orang Negeri Perak.

Salam

Pintu di tutup.....awat lagu nie.
Orang Malaysia bukankah pentingkan adat kejiranan.



Pilihanraya Di Perak sudahhhhhhhhhh di..tut.. ka ?

Untuk Remaja Yang Di Sayangi

Salam


Kalau ada duit , baik nikah cepat-cepat. Nanti lambat kawan sama-sama nak rembat.



Kalau jadi bunga-bunga lagu nie.......kes penat.


Fatwa Sapa Plak Ni.........

Salam


14 Mei 2009

Mai ! Mai ! Mai !

Salam


13 Mei 2009

WOTR : Hari Lahir Yang Lebih Bermakna

Salam

Ucapan Tok Guru Mursyidul Am di Kelantan.

Semoga tiada lagi perbincangan isu ini, bincang kearah prestasi kepimpinan plak.

InsyaALLAH.

Ronda-ronda punya Ronda......

Salam

Bila ronda ke blog ke satu blog, klik tang nie dulu, pastu mai tang nie.

Gheja tadak... komen saja la.

WOTR
Marah Tak Aci

09 Mei 2009

Padia Nie - Baju 2nd Hand/Bundle - No.1

Salam

Budaya nie takdak lagi kat Malaysia bila pakai baju tulis ...





tapi yang nie kerap dah berlaku.....




ermmmm...Siapa yang patut dipertanggungjawabkan ? Mereka dan keluarga mereka ? Pemerintah ? Ulamak Agama , Ulamak Profesional ? Tok Imam ? Semua manusia ?
Simpati dak ?..........?????????????

Selamat Bermuktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Darul Aman , Kali Ke-43

Salam .

WOTR ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kerana membenarkan mengikuti Ucapan Naib Presiden PAS - Mat Sabu.
Ingat nak masuk susah , ingatkan kena pakai kroni , takdak pon. Terima Kasih sekali lagi. WOTR sempat la jugak ambik gambaq Mat Sabu , dapat baca buku cenderahati pulak & perwakilan pon ramai, banyak bahagian plak tu, ehhh kawasan.












WOTR ingat ada kempen/lobi macam yang dok baca dalam suratkhabar & khabarangin, ingat ka ada. Takdak rupanya. Baguih la. Tapi bila surf internet nampak pelik jugak tengok.
Ingat nak p Muktamar PAS Pusat pulak.

Semoga Apa Yang Anda Semua Lakukan Di Berkati ALLAH.

WOTR :
- Terus Menyokong & Ingin Membantu ,Sekiranya PAS ( Pakatan Rakyat ) Tiada Amalan Seperti UMNO ( BN ) Lakukan.

08 Mei 2009

Betoi Ka : PAS + UMNO = 2 X 5 ?

Salam

Momentum rakyat bermula 1999 bila kezaliman yang selama ini disembunyikan 'terdedah' tanpa diduga dan PAS di bawah pengaruh Ulamak Agama berjaya menyesuaikan dengan keadaan. Berjaya memenangi kelebihan majoriti di Parlimen. Sebelum itu pon kezaliman yang terang iaitu Peristiwa Memali tidak mampu menarik kemenangan PAS.

Pada tahun 2004 , BN berjaya kembali dgn majoriti yg lebih besar , imej seorang pemimpin yang hanya diwar warkan Ulamak Agama hanya kerana kelulusan. Banyak rakyat Malaysia memberi pengharapan mungkin ada perubahan baru.

Pada 2008, barisan alternatif + DAP , walaupun belum diwujudkan Pakatan Rakyat
secara tidak diduga telah memenangi lebihan kerusi yang lebih dari tahun 1999 akibat imej yang di bawa pemimpin BN tidak mengambarkan ciri-ciri Ulamak Agama & pelbagai masalah yang sama ertikata lebih kurang dengan PM No. 4. Kenapa PRU 12 , DAP tidak menyertai Barisan Alternatif , mungkin pemahaman tentang konsep Negara Islam tidak berapa jelas ? Media milik BN memainkan perananya sebelum itu ? Tapi dengan semangat setiakawan semasa 1999 & 2004 masih ada, DAP memberi ruang kepada PAS & PKR melalui siapa ? Ulamak Pro Erdogan ? Ulamak Agama ? Faktor yang lain ?

Imej Ulamak Agama ada value lagi ka PRU 13, rasanya ? Siapa mula ? Pak Lah Ka ?
Rakyat sekarang dari pelbagai lapisan masyarakat berani mencuba kalau mereka lihat imej Pakatan Rakyat bersih dari isu-isu yang parah seperti BN lakukan.
Sesetengah Ulamak Agama PAS bagi saya laju dari sudut 'kempen/lobi' untuk pemilihan jawatan ini kita lihat didada-dada akhbar milik BN menceritakannya.
PAS advance dari sudut nieh, BN setelah PM No. 4 baru dengar kempen nakkan jawatan. Ulamak Agama nampak bunga-bunga dah ka ? Menang Malaysia ?
Tak kesian kat ahli PAS yg betoi bendoi ka ?

Jgn depa kata : PAS + UMNO = 2 X 5 , sudah...

Saluran ada banyak :
1 = Tak Lambat Dah
2 = ?
3 = ?
4 = ?
5 = ?
6,7........Kepala & tahap pemahaman tak sama lor.

Jika salah tegurlah, lagumana pon takpa.

07 Mei 2009

Ingat Mereka Sentiasa

Salam

Baru saja gue p ziarah sana , jd bila paste kat sini rasa segan plak.
Klik sini.
Lagipon tengok suasana nampak sejuk saja.

Padia Nie - Baju 2nd Hand/Bundle

Salam

Lambakan baju 2ndhand/bundle apa kesannya jika baju yg disiarkan ini sampai ke Malaysia,walaupun sudah menular dgn begitu cepat ketika ini, cuba tengok segak dak baju, cantik punya bahasa ?
WOTR tak bertangjawab sekiranya anda melihat 'benda' yang lain. 2 cukup lah, tahyah banyak.






Jangan pak p beli baju bundle kat anak sudah, trend la ketatttttttttt plak.

Padia Nie

Salam

Nasib baik gue tak dok belakang kawe nie, kalu tak jenoh baca....
tak faham pon.



Gambar Ehsan Kawan-kawan

06 Mei 2009

Kepimpinan Ulamak

Salam

Kecoh sat bila pasai definasi Kepimpinan Ulamak tapi Tok Guru Mursyidul Am ulas , adoiiiiiiiiii.....sejukkkkkk eaaa.

Pandangan WOTR :
Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, pandangan dia boleh dijadikan rujukan
mereka yg terlibat pada tahun 1982 dalam mewujudkan gagasan/konsep Kepimpinan Ulamak.

05 Mei 2009

Ustaz Kempen & Kroni Boleh Blah.

Salam

Bila isu Ust Nik Abduh - Vol.1 & Vol.2 ,ada geng dia support & kempen tak setuju pasal halatuju,pastu hantar sms kat sama-sama geng. Bleh dapat undi simpati lagu nie.
Penin lorrrrr ini macam ka Ustaz. Ulamak dalam bidang Agama.

WOTR asal Pasir Berdengung, terjumpa Musang Berjanggut [ La nie baguih banyakkkkk ] kebetulan ada 2 sekawan Musang + 3 Penglipur Lara dok setting & perayu undi nak rebut YDP.
Peninnnnnnnnnnnnn.

Nota:
Jangan nak tunjuk jaguh bila nak pemilihan saja oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Mulut kata takut nak pikul amanah , berat nie.........Hati ???? Bagilaaaaaaaa Bagilaaaaaaaa
Banyak Dah Dok Jumpa
Dari Bawah Sampai Atas
Mulut Manissssssssssssssssssssssss

Assobiyyah Ulamak

Salam

Bila ziarah blog Pak Bakaq a.k.a ' Penarik Beca ' gatai tangan nak bagi pandangan tajuk nie

Pandangan WOTR

Salam

Dalam isu ini mcm tak berapa gheti dalam nak melontarkan pandangan tapi
jari gatai nak taip.

Sudah wujud ketaksuban yang melampau terhadap ustaz/guru mungkin tok guru
dalam memberi pandangan,
dulu ramai mengatakan UMNO itu merupakan assobiyyah bangsa.Tapi la dah nampak
bunga-bunga didalam Gerakan Islam Melayu Malaysia. Silap, Gerakan Islam Malaysia.
[ idolaku & sebagainya - mengaku plak tu ]

Dalam memberi pandangan dalam buku berwarna hitam Karangan Tuan Guru Mursyidul
Am PAS dalam muka surat 2 & 3 yang dikisah bagaimana Situasi Rasulullah SAW yang
menghadapi perang dlm peristiwa Khandaq. Dalam memberi pandangan Rasulullah
menjemput 2 tokoh dari Madinah iaitu Saad Bin Muaaz & Saad Bin Ubadah. Rasulullah
SAW meminta pandangan mereka, apakah pendapat mereka sekiranya mereka berdua
berunding dengan orang-orang Arab Ghatfan.Pujuk mereka supaya menarik diri daripada
pakatan al-Ahzab, Rasulullah SAW bersedia menyerahkan 1/3 daripada pendapatan hasil
mahsul negara, iaitu hasil dari ladang kurma diseluruh Madinah yang banyak
mengeluarkan buah itu kepada mereka.
Kedua-dua sahabat sahabat serentak bertanya kepada baginda, adakah tindakan itu
adalah arahan wahyu dari ALLAH SWT, ataupun ia hanya pandangan peribadi
untuk menyelamatkan kaum muslimin ? Sekiranya arahan itu datangnya daripada wahyu
ALLLAH SWT,mereka akan mematuhinya.Tetapi sekiranya ia hanya pandangan peribadi Rasulullah SAW,
mereka berdua juga mempunyai pendapat sendiri berhubung isu itu.
Rasullulah SAW mengakui ia bukan arahan wahyu, tetapi sekadar suatu pandangan
bertujuan mengurangkan serangan daripada musuh terhadap kaum muslimin. Bagaimanapun,
kedua-dua sahabat mempunyai pendapat yang berbeza dengan pandangan baginda. Reaksi
daripada kenyataan itu, mereka dengan spontan berkata," Demi ALLAH," kata kedua-dua
Saad itu," Kami tidak akan menyumbat hasil buah-buahan kami kedalam kedalam mulut
mereka, sehingga ALLAH SWT menentukan takdirnya-Nya sama ada kita menang ataupun tewas,'


Ustaz/Guru/Tok Guru/Pimpinan & sebagainya, pada zaman mutakhir nie tak blh ditegur/tukar
pendapat & sebagainya ?
Kalau boleh ditegur dimana ruangnya ? Masalah displin dimana tempatnya ?
UMNO dlm bab nie nampaknya sedikit mendahului tapi semua ahli PAS & masyarakat
amnya tau Lembaga Displin di wujudkan untuk golongan tertentu sahaja yang akan
dikenakan tindakan.

Sekadar Renungan Syuhada' di Medan Jihad Palestin - Nostalgia Syuhada' Palestin
Karya Ibnu Ismail

1 - As-Syahid Yasir Ahmad An-Nimruti
- Institut Latihan Vokasional Ghaza
- Juruteknik Elektrik
- 1992 : Bertemu ALLAH.

2 - As-Syahid Abul Barra' Ibrahim Asyur
- Maahad Al-Azhar Ghaza [ Diploma Bahasa Arab ]
- HAMAS
- 1993 : Bertemu ALLAH.

3 - As-Syahid Abu Muaz
- Universiti PERZET [ Fakulti Adab ( Sastera ) ]
- HAMAS
- 1994 : Bertemu ALLAH.

Kalau nak dihuraikan hebat diantara mereka nie & banyak lagi syuhada',
dah la bangsa Arab , belajar lagi bahasa Arab sebab nak faham Al-Quran. Melayu ?
Depa Arab takpa arrr..penin ooo......WOOOOOOOOOOOOIIIIII
Bahasa Melayu dialek macam-macam pon tak faham, lagi penin

Cerita bos : Buat lawak orang tak gelak , lepas tu kata gelak la woi, lawak ni.Bodo
la hangpa nie.
Pakyet dia buat pa tau dak ?
Bos cam nie bagi WOTR ------ > Peninnnnnn.

Akhir Sekali :

Rasulullah SAW sebelum nak wafat : Dia ada sebut Umatku , Umatku.

Laaaaaaaaaanii.......,

Depa sebut : Menantuku, Menantuku.....Anakku , Anakku.

UMNO kata pa : Depa tiru kita kaaaa, Dunia dah berubah..Lamaaaaaaa dahhh.

Kita tangguh dulu dengan Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr.

Mai lewat ? Adoiiiiiiii


Tak Mau Taip Dah

ikhLAs
WOTR @ sUDAH PENIN



Pembetulan

1- Arab Ghatfan
2- Sekiranya arahan itu datangnya daripada wahyu
ALLAH SWT, mereka akan mematuhinya,Tetapi sekiranya ia hanya pandangan peribadi Rasulullah SAW,
mereka berdua juga mempunyai pendapat sendiri berhubung isu itu.


Maaf

 

ISLAM FOR ALL | Make Money Online