TAK MAU I.S.A,ANAK PAK ISA TAK PA

18 Jun 2009

UG - Gerak Saraf UMNO ?

Salam



Jahatnya yaaa siapa tak tau.......

16 Jun 2009

Idea Kabinet "UG" ?

Salam

Biru = Negara Maju ?
Merah = Kerajaan Perpaduan ?

Apa yg anda fahami ?
Bagaimana cara kita melakukan perubahan pemikiran dalam mencapai wawasan yg difikirkan dlm menentukan halatuju ? Nak kasi pening ka mudah ?



Ihsan kwn-kwn.

15 Jun 2009

[ PARLIMEN ] Pada aihhh dia nie sorang.

Salam

Pemimpin yang berjiwa besar.
Tahniah DS Nizar.

No.1


[ Ceh ! Sekali adjust, nampak geng "UG" daaa ]

No.2


No.3

14 Jun 2009

Tolong Bersihkan Namamu Wahai PM & Isteri.

Salam

Malaysia Today - Rosmah Mansor Perempuan Puaka! Part 1
- Rosmah Mansor Perempuan Puaka! Part 2
Kelab Greenboc - Habislah Najib Altantuya Kali Ini

WOTR berharap PM & Isteri membuat laporan Polis dan mengambil tindakan yg sewajarnya berhubung isu ini dan menjawab persoalan yg ditimbulkan bagi membersihkan nama beliau.

Semasa berlangsung Muktamar Kali Ke-55, WOTR ada kat Melaka . Mulanya nak p Muktamar , tepon la 'kawan' lagu mana sana [ Shah Alam ] . Dah habih Muktamar takyah cerita la tapi yg menjadi menariknya p la Zoo Melaka bawak anak-anak. Gue terpandang . Nie
haaa. Cun gak ...baru tengok gambaq ...


Bila tengok real...wuyyyooooo...Fheeeeeewwwwwwiitttt.



Cantiknya ciptaan ALLAH.

Nota :
Lepas nie kalau hilang kuda tu, jgn cari WOTR yer.
WOTR tak mencuri, takut.Gigil Nie.

UG ?

Salam

Pertama sekali hajat dihati nak komen diblog Pak Bakaq a.k.a Penarik Beca tapi kerana sedikit masalah dibatalkan hajat tersebut. Nie punya pasai "Your HTML cannot be accepted: Must be at most 4,096 characters"

Salam

Bagi WOTR,tak bersetuju kalau debat dijalankan secara terbuka, sebabnya ia akan merenggangkan hubungan antara Pakatan [ Istilah Debat lain, Perbincangan lain ] dan BN akan manipulasikan pulak keadaannya selepas itu.

Mengenai panelis WOTR tak setuju dgn bekas mufti perlis dijemput sama.
1-WOTR teringat lagi debat antara beliau dgn astora jabat di Mengkuang beberapa tahun yg lalu. Ingatkan selepas debat tersebut beliau akan bersama PAS ,rupanya lain jadinya .[ Sangka baik ketika tu bila lawan kuncu-kuncu BN eaa kira PAS la ketika tu ]. WOTR dimaklumkan pada ketika itu beliau antara yg rapat/kenal dekat dgn Al-Marhum Presiden PAS ketika itu.[ Tolong pebetoi kalau salah info ]
2-Lagipun beliau tidak mewakili mana-mana parti dlm Pakatan Rakyat.

Siapa yg melantik panelis ini? penganjur ? Untuk apa beliau berada dimajlis tersebut ?

Bagi WOTR idea 'UG' ini separuh masak/tak masak langsung dan akan jadi teloq ayam kemuruk saja. Cakap jadi busuk, kot mana pon busuk . Lebih baik selesaikan masalah keahlian & sebagainya ka seperti yg dibangkit dlm muktamar lagi faedah. Leceh punya cerita pon bleh keluaq kat muktamar.
Kalau masalah 'UG' hanya dia saja tau , tak kemampuih kalau Pakatan Rakyat menang nanti bagi kat dia PM kalu, jaha_ _ m ?. [ Angan-angan ahli ber'jubah'kan ulamak agama,yg wala' tadak khilaf depa saja betoi ]. Silap haribulan lingkup, mata kelip pok kelip pok. Hawwwwwww , ngannga saja PRU 13 nie.
Kalau idea tu kepala dia sorang saja tak ka gila ! Tapi... lebih bukan ? Kroni yg sama kepala macam dia saja ka?
UMNO bila kepala kata, yg bawah hangguk....bunga-bunga jahanam dah menanti masa.
Kalau PAS , Presiden kata nak suruh hangguk.......hangguk ka ?. Aku kata kat title Presiden yg dia pegang, bukan gelaran dia.
Saidina Abu Bakar dulu boh jawatan dia Presiden ka ? Dak kot ? Yang tau Khalifah saja ? Kalau perkataan jawatan disamakan dengan situasi la. Aku nak suruh depa yg bertitle tok guru p tukaq title jadi Nabi, nak jd apa lepas nie tunggu.

Situasi PAS la, Mursyidul Am , depa boh dlm peti sejuk eaaa. Nak jd 2 X 5 dgn UMNO ka ?
Atau pun jd partner team 'Seekers' sebagai tukang halau hantu. Mampuih.

Fasal 7 [ m/s 4 hingga m/s 10 ] dlm perlembagaan PAS , Mursyidul Am ketua lebih dari presiden ?
atau
Fasal 22 [ m/s 29 hingga m/s 41 ], Presiden ada kuasa veto ?


Kabinet : Seise 2009 - 2011 , Adalah Tahun bermulanya ' Kerja-Kerja Bodoh Presiden PAS ' Pengarah asal yg WOTR ciplak ialah Cikgu Nik Abduh. Kalah Pemilihan Ketua Pemuda di Kelantan , menang di Pusat. Peninnnnnnnnnnnnnn.
Orang kalah , bleh p pilih ... Warghhhhhhhhh Warrrrrrrghhhhhh Warrrghhhhhh...Tak bleh nak pikiaq lor.Kempen untuk diri sendiri , pulak tu ?

Presiden , WOTR hormati idea Presiden tapi...
Presiden itu mestilah dikategorikan dlm kumpulan yg berjaya mengumpulkan org-org ISLAM dlm majlis bacaan yassin,doa selamat,tukang halau hantu dan sewaktu dgnnya.
Kumpul org saja, bukan gerakan.

Kalau UMNO nak laksanakan ISLAM keseluruhannya, sapa kata nak bubarkan PAS ini ?
Maknanya disini ISLAM lah paling tinggi, bukanlah perkataan PAS sebagai wadah yg harus dihidupkan & dikembangkan lagi. Biar lah PAS jd kenangan. Tapi UMNO mau ka ?

Khas Untuk Bakal Perwakilan Seisi 2011 - 2013.
-Fikir-fikirlah wahai Perwakilan akan datang lihatlah prestasi/fikrah mereka.
Kalau perlu tukar Presiden yg baru, tukarlah. Lihat pada jawatan Presiden, jgn lihat pada gelaran. Gelaran tidak memberi makna , kalau ISLAM itu lambat memerintah buat apa pada gelaran.
Jangan pilih pemimpin yg keras 'kepala', tak dengaq cakap org bawah. Asyik dia saja betol, lebih kurang makan garam dulu la, cerita dia.
Kalau depa kata makan garam dulu, bayi-bayi yg baru lahir, lepas 2/3 hari meninggal dunia dah dijamin syurga,takdan nak makan garam pon,[ mungkin ada tapi peratusnya ciput ja ] yg makan garam nie kena hisab, tu pon tak tau masuk syurga dulu ka dak ..tapi umat Nabi Muhammad nie untung, kot mana pon, last sekali masuk syurga. Betoi ka dak tak tau ? Takmau p la dok dlm neraka sorang-sorang.
-Fikirlah sama gerakan ISLAM yg telah berjaya, bagaimana kejayaan mereka organasasi,tindakan berkumpulan yg mantap,gerakan,dakwah dan sebagainya.
Psywar yg segar akan memantapkan parti bukannya menimbulkan kegelisahan semua ahli dipelbagai peringkat.

Last sekali :-
"Orang bawah,bukan 'makanan' orang atas".

WOTR : Andaikata kerana idea 'Kerajaan Perpaduan' melambatkan kemenangan ISLAM atau tidak diletakkan dlm kedudukan yg terbaik didalam Pakatan Rakyat[ WOTR terima jika jumlah kerusi di Parlimen tidak mencukupi tapi jgn kurang ],org bukan ISLAM makin menjauhkan diri dari ISLAM dan sokongan pengundi merosot.

Tunggu dan Lihatlah.

Nak PerELok Habaq, Nak Pelingkup Pon Habaq.


Ulasan Dari Mantan Ketua Pemuda PAS kedah, Sdr. Aris Awang.

10 Jun 2009

Kenyataan Sapa Keliru ?

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS
Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Wan Mohd Salleh
Tue | Jun 09, 09 | 4:34:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.

Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.

"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.

"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.

"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.

Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkandalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan. Image

Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.

"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.

"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.

Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.

Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS. - azm _



WOTR - Sapa di belakang tabir idea Unity Gomen ini ?
Bila penjelasan tak mantap bukan sahaja dikalangan ahli porak peranda tapi dikalangan Pakatan Rakyat pon sama.
Kerajaan Perpaduan bukanlah satu strategi yg bijak diketengahkan ketika ini.

Suara Pengarah Pilihanraya mempengaruhi Timbalan PAS ? Hebat ?

Disini ada comunication error , aku harap hang, hang la bagitau, lagu tu cara pakat-pakat ?

09 Jun 2009

Harakah Tulis , Nasa Mau ?

Nasa kesal istilah 'konservatif' yang digunakan media perdana
Intan Abdullah
Sun | Jun 07, 09 | 4:16:03 pm MYT

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak media yang menggunakan istilah ulamak konservatif dan profesional dalam menggambarkan perpecahan di dalam PAS.

"Pesanan saya, kita tidak perlu terikut-ikut dengan budaya dan istilah asing seperti laporan media yang mengulas mengenai pemilihan parti dengan menamakan tertentu kononnya sebagai konservatif ulamak dan golongan profesional," ujarnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam, petang ini.

Tegsnya, jika terdapat golongan seperti yang didakwa itu sudah tentulah kita tidak sampai ke tahap ini dengan kejayaan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat serta mengadakan kerjasama dengan pihak luar yang lain.

"Kita buat keputusan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat adalah suatu ijtihad, kalau kita konservatif, susah kita duduk bersama rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat.

"Kalau kita konservatif, mungkin kita tidak akan sampai ke tahap ini. Maka, istilah itu tidak tepat kerana kita bukan jumud," katanya.

Malah, beliau menegaskan sekali lagi agar pimpinan dan ahli PAS tidak mudah terperangkap dan terpedaya dengan mainan pihak tertentu khususnya media dalam memporak-perandakan kesatuan dalam jamaah.

"Kita jangan mudah terperangkap dengan permainan orang luar memporak- perandakan kita di dalam PAS," katanya lagi.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa PAS juga banyak merangka banyak pertemuan atau 'engagement' dengan pelbagai pihak bagi membantu memperkasakan parti.

"'Engagement' ini tidak akan mengubah sama sekali dasar parti yang meletakkan Islam sebagai teras perjuangan, memandangkan ianya dibuat mengikut keputusan majlis Syura Ulamak, bukan secara individu," ujarnya lagi.

Katanya, sekarang ini PAS telah mempunyai resepi untuk menaikkan imej Islam.

Walaupun begitu katanya, aplikasi sikap keterbukaan yang disebutkan sebelum ini bukanlah bermaksud untuk mengadakan kerjasama dengan Umno sebagai musuh politik PAS.

"Kita tidak akan membuat sebarang kerjaama dengan Umno dan tiada usaha -usaha untuk membawa PAS masuk ke dalam Umno," katanya lagi.

Beliau turut membentangkan beberapa pindaan perlembagaan yang akan dikuatkuasakan selepas berakhirnya muktamar ini._


WOTR.
Nak boikot media lagi ka dalam version baru pulak kot.
'Kera'jaan Perpaduan ?

01 Jun 2009

Tok Guru Mursyidul Am - Bab Erdogan ?

Salam

 

ISLAM FOR ALL | Make Money Online